Friday 16 December 2011

Tajuk 1: Adab dan fadhilat mengamalkan kebersihan diri..


1. Qada Hajat..
- Adab-adab qada hajat


1.Masuk tandas dengan kaki kiri dan membaca doa.

Ketika memasuki tandas dahulukan kaki kiri dan sebelum melangkah masuk, bacalah doa masuk tandas terlebih dahulu seperti berikut:

                                                    Doa Masuk Tandas: 
        ِاَلَّلهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الخُبْثِ وَالْخَبَائ
"Ya allah aku berlindung kepada mu daripada 
                   gangguan syaitan lelaki dan perempuan"


2.Berhati-hati dengan apa yang dibawa masuk ke tandas.
Jangan membawa masuk barang-barang yang terdapat nama Allah atau ayat al-Quran atau sebagainya yang dimuliakan oleh agama. Selain itu, membawa masuk ke tandas telefon bimbit yang bernada dering ayat Al-Quran & selawat juga haruslah dielakkan kerana khuatir ia akan berbunyi di tempat qada’ hajat tersebut.

3.Qada’ hajatlah dalam keadaan duduk (bertinggung).
Jika dilihat dari sudut hukum, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’ mengenai perihal qada’ hajat berdiri atau duduk (bertinggung). Ada yang mengkategorikan sebagai makruh dan ada juga yang mengharuskan dimana ia bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu.

4.Dilarang qada’ hajat di jalan yang dilalui oleh ramai orang atau tempat duduk dan berkumpul.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW telah bersabda: Takutlah kamu kepada 2 perkara yg membawa kepada laknat. Para sahabat bertanya: “Apakah 2 perkara tersebut?” Rasulullah SAW menjawab: “Orang yang membuang air besar (qada’ hajat) di tempat laluan orang ramai atau tempat mereka berteduh.” (HR Muslim (269) diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)


5.Elakkan qada’ hajat dibawah pohon berbuah.

Jangan qada’ hajat dibawah pohon berbuah bagi memelihara buah tersebut daripada tercemar ketika luruhnya sama ada buah tersebut dimakan atau diambil manfaat dengannya. Ini supaya perasaan seseorang tidak merasa jijik.


6.Menjaga aurat dan elakkan qada’ hajat di tempat terbuka.

Apa yang selalu atau kadang-kadang dilakukan oleh sebahagian dari kita hari ini ialah menyelak atau mengangkat kain hingga nampak aurat sebelum masuk tandas. Ataupun, buang air kecil di tandas berdiri yang kebiasaannya dibina secara terbuka. Ini, boleh menyebabkan aurat kita terdedah kepada orang lain.

7.Jangan menghadap atau membelakangi kiblat.

Adalah dilarang ke atas orang yang qada’ hajat mengadap ke arah atau membelakangkan kiblat. Cubalah semampu boleh untuk menyerong sedikit ketika qada’ hajat sekiranya binaan tempat qada hajat itu terbina memang menghadap atau membelakangkan kiblat.

8.Qada’ hajat di air yg tenang dan bertakung.

Qada’ hajat di tempat air yang tidak mengalir boleh menjadikan air yang bertakung itu kotor dan mendatangkan perasaan jijik pada orang lain. Air tersebut juga sudah menjadi najis dan menyusahkan orang sekiranya terpercik pada pakaian.

9.Qada’ hajat dalam lubang.

Jangan buang air di lubang yang telah tersedia kerana ia dikhuatiri di dalam lubang tersebut terdapat binatang yang berbisa seperti kala jengking atau ular lalu ia keluar dan menyakitkannya. Kadang-kadang terdapat di dalamnya haiwan yang lemah, maka ia boleh menyakitkan binatang tersebut.

10.Tidak menjawab salam ketika membuang air.

Adalah dilarang untuk kita memberi dan menjawab salam ketika sedang qada’ hajat. Larangan ini termasuklah ketika menjawab salam daripada panggila telefon. Seeloknya, sudahkanlah qada’ hajat dan jawab panggilan telefon diluar tempat qada’ hajat. 

11.Dilarang bercakap.

Daripada Abi Said r.a. bahawa dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah keluar dua orang menuju ke tempat qada’ hajat dalam keadaan terbuka aurat dan bercakap antara keduanya (ketika qada hajat) (kerana) sesungguhnya ALLAH murka terhadap perbuatan tersebut.

(HR Abu Daud (15), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)



12.Dilarang beristinjak menggunakan tangan kanan.

Orang yang qada’ hajat hendaklah menggunakan tangan kirinya untuk membersihkan tempat najis sama ada dengan air atau batu dan seumpamanya kerana itulah yang lebih layak dilakukan. Sekiranya ia menggunakan tangan kanan maka hukumnya adalah makruh sebagaimana makruh menyentuh zakar dengan tangan kanan.


Sekiranya ia perlu kepada memegang zakar untuk membersihkannya dengan batu dan seumpamanya (benda-benda yang beku atau pejal), maka ia hendaklah memegang batu tersebut tanpa menggerakkannya dengan tangan kanannya dan tangan kirinya memegang zakar dan mengerak-gerakkannya untuk membersihkan tempat yang najis tersebut.

13.Mengurut kemaluan setelah membuang air dan berdehem.

Selepas selesai membuang air kecil, lakukan istibrak (berdehem-dehem), atau mengurut – ngurut bahagian bawah kemaluan (antara dubur dan qubul) dengan jari atau menggerak-gerakkan kaki (seperti orang berjalan). Ini bertujuan mengeluarkan sisa air kencing yang masih berbaki.

14.Bersihkan tempat qada’ hajat.

Setelah selesai qada hajat’ dan bersuci, bersihkan tempat tersebut daripada najis kita. Sekiranya kita menggunakan tandas yang moden, tariklah tali pengepam tandas (flush toilet). Kemudian, jiruslah dengan air ke kawasan sekitarnya. Selain cara ini dapat mengekalkan kebersihan tandas, ia secara tidak langsung dapat memberi kemudahan kepada orang lain yang berkongsi tandas dengan kita. Manakala, sekiranya kita qada’ hajat di dalam lubang, kambus semula lubang tersebut.


15.Keluar tandas dengan kaki kanan & membaca doa.

Keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan dan apabila telah berada di luar tandas bacalah:
                                
                               Doa Keluar Tandas:
                                          
                         غُفْرَانَكَ اَلْحَمْدُ لِلهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي اَلأذَى وَعَاف

             " Keampunan Mu (Ya allah) segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan daripada ku dan memberikan ku kesihatan".

 
                       - Adab-adab masuk bilik air dan tandas..
      

1. Memakai alas kaki umpamanya selipar.

2. Menutup kepala dengan sesuatu umpama kopiah.

3. Melangkah masuk dengan kaki kiri sambil berdoa.

4. Jangan membawa masuk benda-benda yang dimuliakan  seperti lembaran tertulis ayat Al-Quran atau nama-nama Allah dan para Nabi.

5. Jangan berkata-kata semasa di dalam tandas, hatta menjawab salam sekali pun.

6. Jangan berludah di dalam tandas.

7. Jangan makan dan minum di dalam tandas.

8. Duduk bertenggong ketika membuang air.

9. Berdehem-dehem ketika hampir selesai membuang air agar benar-benar lawas.

10. Ringkaskan masa berada di dalam tandas.

11. Beristinjak dengan menggunakan air.



Thursday 24 November 2011

Permulaan Blog Ku...

Salam,,,,,,
Saya budak baru dalam membina blog.....
harap kalian sudi menjadi follower saya n boleh memberi 
tunjuk ajar kpd saya sepanjang pembikinan blog ini....

Saya,,,,Mursyida,,, berasal dari Kedah,, berumur 19 tahun...
dan mengambil jurusan perguruan di kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 
tidak mahir berkata2,,,,dan merukan individu yang simple dan mudah untuk berkomunikasi
dengan sesiapa yg mahu berkawan dengan saya...

  Kepada bakal2 follower saya,,,dengan wujudnya blog saya ini kalian semua dapat bertukar2 
pendapat dan ilmu pengetahuan.... dan dapat sebarang pengajaran 
melalui blog saya ini.... seperti yang saya katakan di atas,,
saya merupakan diplomat perguruan...

Dan saya akan menjadi pendidik kepada insan2 yang bergelar murid pada masa hadapan...
harapan saya,,, saya dapat menjadi pendidik yang digemari
dan saya harap saya dapat memberi pembelajaran yang berguna kepada bakal anak2
murid...



ikhlas :  Simple Gurlz